PENGHIBUR HATI

0

Written on 3:24 PM by aye83

Jiwa manusia biasanya cepat bosan dan akan merasa tidak tentu hala. Pada masa inilah hati perlu dihiburkan untuk mengembalikan ketenangan dan semangat.
Saidina Ali K.A.W pernah bermadah :
روحوا القلوب ساعة فإنها إذا أُكرهت عَمِيَت
‘Hiburkanlah hatimu sesaat, kerana apabila ianya terus menerus dipaksa , ia akan menjadi buta”

Orang mukmin yang sibuk beribadah juga perlu untuk menghiburkan hati atau berehat seketika dengan sesuatu yang tidak terlarang. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghibur hati. Kerana itulah diciptakan kaum wanita sebagai penghibur hati lelaki, begitulah sebaliknya. Ini jelas apabila Nabi Adam a.s menginginkan seorang teman setia, maka diciptkan Hawa sebagai teman, dalam keadaan beliau sudah diberi pelbagai nikmat dalam syurga.
Firman Allah Ta’ala :
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُو

Dialah Allah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan darinya Dia ciptakan pasangannya , agar merasa tenteram disampingnya."
( Surah ar-Rum ayat 21)

Rasulullah SAW bersabda :"
حُبِّبَ إِلَيَّ مِن دنياكم ثلاثٌ : الطيب والنساءُ ، وجُعلتْ قُرَّةُ عيني في الصلاة "
Tiga perkara di dunia ini yang membuat hatiku suka : wangi-wangian dan wanita, serta solat yang menjadi sumber utama kebahagiaanku”

Demikianlah fungsi perkahwinan, ianya memberi ketenangan. Hati akan rasa terhibur apabila sentiasa bersama suami atau isteri tercinta. Berkasih sayang, bergurau senda, pandang memandang apabila berdekatan dan rindu merindui apabila berjauhan. Jiwa kita akan bahagia apabila disayangi dan menyayangi, Semua ini akan mengembalikan ketenangan hati dan menaikkan semangat untuk belajar, bekerja dan melakukan ibadah.Hati akan lebih lagi terhibur apabila memperoleh cahaya mata yang mampu menceriakan rumah tangga. Telatah dan karenah anak-anak akan sentiasa mengukirkan senyuman di hati kita. Lebih memuaskan lagi hati kita apabila anak-anak pandai membaca, menulis, bersopan dan berakhlak dengan hasil didikan kita sendiri.

If you enjoyed this post Subscribe to our feed