Waddatu Fikr, waddatul amal....
Written on 5:05 PM by aye83
Satu Fikrah Satu Amal
“Dan sesungguhnya ummat kamu ini adalah ummat yang satu dan Akulah Tuhan kamu, justeru itu hendaklah kamu bertaqwa kepadaKu.”
“Dan sesungguhnya ummat kamu ini adalah ummat yang satu dan Akulah Tuhan kamu, justeru itu hendaklah kamu bertaqwa kepadaKu.”
Antara halangan untuk ummah ini bersatu dibawah satu payung organisasi adalah berpunca daripada belakunya krisis nilai dan seterusnya disusuli dengan krisisi kefahaman.Krisis kefahaman.Selain daripada penafsiran cetek mengenai Islam dengan pemahaman yang sempit, gagal memahami hadaf/matlamat perjuangan dalam sesebuah jemaah @ organisasi @ persatuan @ pertubuhan @ badan menyebabkan kepincangan pada fikrah dan amal. Kabur dengan matlamat menyebabkan pekerja-pekerja Islam bergaduh hanya pada wasilah, maka pertembung idea mengenai wasilah ini menyebabkan pecahnya ummah kepada kelompok-kelompok yang pelbagai. Perjuangan kebenaran, tetapi angkara krisis kefahaman ditambah dengan sikap yang ego akhirnya melambatkan hasil tuaian dakwah Islamiyyah.
Gagal memahami ‘hadaf akhir perjuangan’, menyebabkan ada yang memperjuangan perkara yang juzie’ melebihi daripada perkara yang bersifat dasar. Pergaduahan berkaitan dengan pergerakan tangan semasa tahiyat, sapu muka selepas solat dan sebaginya menyaksikan 2 pihak yang masing-masing mempertahankan prinsip sendiri tegang dan hilangnya ruh persaudaraan sesame Islam. Tinggallah ummah lemas dengan khilaf yang berpanjangan. Fikirkan manakah yang penting untuk diutamakan, antara khilaf yang tidak berkesudahan ataupun perjuangan menjaga akidah umat (anti murtad)? Ramai lagi masyarakat yang tidak menunaikan solat, tertukar antara syahadah dan istighfar, seks bebas dan sebagainya. Duhai malangnya ummah ini.
Kerana itulah Imam Hassan al-Banna dalam usul ke-8 menasihatkan kita dangan kalamnya : “khilaf fekah pada perkara furu’ tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak sepatutnya membawa kepada pegaduhan dan permusuhan.”
Dipetik daripada nukilan ustaz Fathi Yakan dalam bukunya ABC Memahami Aktiviti Gerakan Islam : “ada orang yang mengurus organisasi dengan perasaan dan sentiment sahaja bukan dengan siasah harakah dan manhajnya, Jadi mereka mengurus organisasi secara keterlaluan dalam masalah apapun. Mereka menafasirkan hikmah dan logik dengan pertimbangan (fikiran) yang takut. Mereka melihat perancangan dan kemudahan-kemudahannya dengan (pandangan) batin yang lemah. Beginilah besarnya bahaya mereka kepada Islam dan harakah. Dan oleh itu mereka perlu diawasi.”
Juga termasuk dalam krisis kefahaman ialah seseorang yang menganggap dirinya sudah memahami tetapi hakikat kefahaman yang dianuti adalah batil. Kefahaman yang menyongsang dengan kebenarana. Inilah hakikat kejahilan yang sebenarnya. (Tidak tahu bahwa diri sendiri tidak tahu)
Jauh dari Rahmat Allah
ولو شاء ربك لجعل الناس امة واحدة ولا يزالون مختلفين الا من رحم ربك ولذلك خلقهم وتمت كلمة ربك لأملأن جهنم من الجنة والناس أجمعين
Maksudnya : “Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh tuhanmu (mereka bersatu di dalam ugama Allah) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu :”Sesungguhnya Aku akan memunuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan manusia berdosa.” (Surah Hud : 118-119)
Allah telah menyebut sifat-sifat mereka yang layak mendapat rahmat Allah. Firman Allah :
والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة ويطيعون الله ورسوله أولئك سيرحمهم الله ان الله عزيز حكيم
Maksudnya : “ Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong kepada setengah yang lain, mereka menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada kemungkaran dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha Bijaksana.”(surah at-Taubah : 71)
Kecuaian pada salah satu daripada sifat ini bererti kecuaian pada kesatuan umat Islam. Muhasabah kembali adakah kita yang menjadi punca gagalnya penyatuan fikrah dan amal ababila terjebak dengan perkara ini:
1. Meninggalkan atau melengah-lengahkan perkara yang wajib
2. Berterusan dengan maksiat (maksiat hati dan maksiat zahir)
3. Ingat Allah hanya pada masa susah
Penyatuan ummah hanya boleh berlaku melalui rahmat Allah. Seandainya manusia menginfakkan seluruh harta dan kekayaan yang ada di bumi, menggunakan harta sebagai wasilah pengikat hati menyatukan fikrah dan amal pastinya semua itu akan gagal. Kerana yang menyatukan hati-hati manusia hanyalah Allah. Dan untuk mendapatkan kesatuan ini menjadi tanggungjwab kita sebagi hamba mencari punca rahmat Allah.
Punca lain kegagalan penyatuan ummah (fikrah dan amal)
a) Tidak mengikuti jalan AllahFirman Allah Taala :
وان هذا صراطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله ذلكم وصكم به لعلكم تتقون
Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menuruti jalan-jalan yang lain daripada Islam, kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertakwa.”(surah Al-An’am : 153)
b) Tidak bersatu hati untuk akhirat dan tidak zuhud dengan dunia.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
لا تفتح الدنيا على أحد الا ألقىالله بينهم العداوة والبغضاء الى يوم القيامة
لا تفتح الدنيا على أحد الا ألقىالله بينهم العداوة والبغضاء الى يوم القيامة
Maksudnya : “Tidak akan dibuka dunia kepada seseorang melainkan Allah akan melontarkan perasaan permusuhan dan marah-memarahi di kalangan mereka sehingga hari kiamat.”(riwayat Ahmad dan Al-Bazzar)
If you enjoyed this post Subscribe to our feed