Jihad

0

Written on 2:50 PM by aye83

Jihad
Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang terlintas di dalamfikiran kita? Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akanmenimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! Semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapanIslam serta kehendak Allah SWT.
Hakikat Jihad
Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkantenaganya untuk mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapaikeredaaan Allah. Dari sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakatIslam dan seterusnya akan terbina negara Islam yang sihat. Jihad mestiberterusan hingga ke hari qiamat. Martabat jihad yang paling rendahialah jihad di dalam hati dan yang paling tinggi ialah berperang diatas jalan Allah. Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan dirisendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaranserta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan sebahagiandaripada jihad.
Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?
Jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supayasumbangan kita dalam jihad akan menguntungkan Islam. Oleh itu, kitaperlu menyingkap kembali lembaran sejarah Rasulullah SAW untukmengambil iktibar tentang persoalan jihad bagi kaum wanita.
Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorangwanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yangpintar berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkanoleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, merekamendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka".
Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?
Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita,bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamaipahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangatsedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian." Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya: "WahaiRasulullah, perempuan manakah yang baik?" Baginda menjawab: "Perempuan yang menggembirakan suaminya apabilasisuami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidakmenyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannyaatau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."
Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalamtanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah,kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah (nature) kaum wanita. Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkankepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan.
Bagaimanakah pendirian kita?
Kita mesti menyakini bahawa berjihad di barisan hadapan oleh kaumlelaki manakala jihad kaum wanita sebagai tulang belakang adalahketetapan Allah SWT yang Maha Adil, semata-mata demi kemakmuran alamini. Kita perlu memahami firman Allah yang bermaksud:
"Dan orang lelaki dan perempuan (yang beriman) sebahagian mereka(adalah) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh(mengerjakan) yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar." (At-Taubah : 71)
"Dan tidak sepatutnya bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin,apabila Allah dan Rasul-Nya telah menentukan sesuatu ketetapan, akanada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapayang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguh-nya dia telahsesat dengan kesesatan yang nyata." (Al-Ahzab : 36)
Sekarang sudah tiba masanya untuk kaum wanita menanamkan azam danmengumpulkan kekuatan bagi menumpukan diri melaksanakan sepenuhnyajihad sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Tingkat kekuatan yang utama ialah kekuatan iman. Iman yang kuat dapatmengekang hawa nafsu yang sentiasa mengganas serta melemahkankeazaman.
Dengan ini, barulah jihad yang ingin kita laksanakan menjadikenyataaan. Firman Allah:
"Adapun yang rasa takut maqam Tuhannya, mencegah diri daripada menuruthawa nafsu syurgalah tempat kembalinya." (An-Nazi'at : 40-41)
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedangAllah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antarakamu dan tidak mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah,Rasul-Nya dan orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yangkamu kerjakan." (At-Taubah : 16)

If you enjoyed this post Subscribe to our feed