SAHABAT SEJATI

0

Written on 2:45 PM by aye83

Di dalam kitab Ihyaaa Ulumuddin, Imam Al-Ghazali ada menyebut wasiat Al-Qamah kepada anaknya sebelum beliau meninggal dunia. Beliau berpesan kepada anaknya supaya memilih sahabat yang mempunyai sifat-sifat berikut:
1) Jika engkau berbuat baik atau berbakti kepadanya, dia akan memelihara
2) Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu
3) Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berbentuk wang dan sebagainya, dia akan membantumu
4) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik
5) Jika dia mendapat kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya dan menyebut kebaikanmu
6)Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya
7)Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.

If you enjoyed this post Subscribe to our feed