Jihad

0

Written on 2:50 PM by aye83

Jihad
Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang terlintas di dalamfikiran kita? Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akanmenimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! Semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapanIslam serta kehendak Allah SWT.
Hakikat Jihad
Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkantenaganya untuk mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapaikeredaaan Allah. Dari sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakatIslam dan seterusnya akan terbina negara Islam yang sihat. Jihad mestiberterusan hingga ke hari qiamat. Martabat jihad yang paling rendahialah jihad di dalam hati dan yang paling tinggi ialah berperang diatas jalan Allah. Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan dirisendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaranserta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan sebahagiandaripada jihad.
Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?
Jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supayasumbangan kita dalam jihad akan menguntungkan Islam. Oleh itu, kitaperlu menyingkap kembali lembaran sejarah Rasulullah SAW untukmengambil iktibar tentang persoalan jihad bagi kaum wanita.
Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorangwanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yangpintar berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkanoleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, merekamendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka".
Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?
Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita,bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamaipahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangatsedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian." Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya: "WahaiRasulullah, perempuan manakah yang baik?" Baginda menjawab: "Perempuan yang menggembirakan suaminya apabilasisuami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidakmenyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannyaatau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."
Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalamtanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah,kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah (nature) kaum wanita. Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkankepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan.
Bagaimanakah pendirian kita?
Kita mesti menyakini bahawa berjihad di barisan hadapan oleh kaumlelaki manakala jihad kaum wanita sebagai tulang belakang adalahketetapan Allah SWT yang Maha Adil, semata-mata demi kemakmuran alamini. Kita perlu memahami firman Allah yang bermaksud:
"Dan orang lelaki dan perempuan (yang beriman) sebahagian mereka(adalah) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh(mengerjakan) yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar." (At-Taubah : 71)
"Dan tidak sepatutnya bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin,apabila Allah dan Rasul-Nya telah menentukan sesuatu ketetapan, akanada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapayang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguh-nya dia telahsesat dengan kesesatan yang nyata." (Al-Ahzab : 36)
Sekarang sudah tiba masanya untuk kaum wanita menanamkan azam danmengumpulkan kekuatan bagi menumpukan diri melaksanakan sepenuhnyajihad sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Tingkat kekuatan yang utama ialah kekuatan iman. Iman yang kuat dapatmengekang hawa nafsu yang sentiasa mengganas serta melemahkankeazaman.
Dengan ini, barulah jihad yang ingin kita laksanakan menjadikenyataaan. Firman Allah:
"Adapun yang rasa takut maqam Tuhannya, mencegah diri daripada menuruthawa nafsu syurgalah tempat kembalinya." (An-Nazi'at : 40-41)
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedangAllah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antarakamu dan tidak mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah,Rasul-Nya dan orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yangkamu kerjakan." (At-Taubah : 16)

Waddatu Fikr, waddatul amal....

0

Written on 5:05 PM by aye83

Satu Fikrah Satu Amal

“Dan sesungguhnya ummat kamu ini adalah ummat yang satu dan Akulah Tuhan kamu, justeru itu hendaklah kamu bertaqwa kepadaKu.”

Antara halangan untuk ummah ini bersatu dibawah satu payung organisasi adalah berpunca daripada belakunya krisis nilai dan seterusnya disusuli dengan krisisi kefahaman.Krisis kefahaman.Selain daripada penafsiran cetek mengenai Islam dengan pemahaman yang sempit, gagal memahami hadaf/matlamat perjuangan dalam sesebuah jemaah @ organisasi @ persatuan @ pertubuhan @ badan menyebabkan kepincangan pada fikrah dan amal. Kabur dengan matlamat menyebabkan pekerja-pekerja Islam bergaduh hanya pada wasilah, maka pertembung idea mengenai wasilah ini menyebabkan pecahnya ummah kepada kelompok-kelompok yang pelbagai. Perjuangan kebenaran, tetapi angkara krisis kefahaman ditambah dengan sikap yang ego akhirnya melambatkan hasil tuaian dakwah Islamiyyah.
Gagal memahami ‘hadaf akhir perjuangan’, menyebabkan ada yang memperjuangan perkara yang juzie’ melebihi daripada perkara yang bersifat dasar. Pergaduahan berkaitan dengan pergerakan tangan semasa tahiyat, sapu muka selepas solat dan sebaginya menyaksikan 2 pihak yang masing-masing mempertahankan prinsip sendiri tegang dan hilangnya ruh persaudaraan sesame Islam. Tinggallah ummah lemas dengan khilaf yang berpanjangan. Fikirkan manakah yang penting untuk diutamakan, antara khilaf yang tidak berkesudahan ataupun perjuangan menjaga akidah umat (anti murtad)? Ramai lagi masyarakat yang tidak menunaikan solat, tertukar antara syahadah dan istighfar, seks bebas dan sebagainya. Duhai malangnya ummah ini.
Kerana itulah Imam Hassan al-Banna dalam usul ke-8 menasihatkan kita dangan kalamnya : “khilaf fekah pada perkara furu’ tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak sepatutnya membawa kepada pegaduhan dan permusuhan.”
Dipetik daripada nukilan ustaz Fathi Yakan dalam bukunya ABC Memahami Aktiviti Gerakan Islam : “ada orang yang mengurus organisasi dengan perasaan dan sentiment sahaja bukan dengan siasah harakah dan manhajnya, Jadi mereka mengurus organisasi secara keterlaluan dalam masalah apapun. Mereka menafasirkan hikmah dan logik dengan pertimbangan (fikiran) yang takut. Mereka melihat perancangan dan kemudahan-kemudahannya dengan (pandangan) batin yang lemah. Beginilah besarnya bahaya mereka kepada Islam dan harakah. Dan oleh itu mereka perlu diawasi.”
Juga termasuk dalam krisis kefahaman ialah seseorang yang menganggap dirinya sudah memahami tetapi hakikat kefahaman yang dianuti adalah batil. Kefahaman yang menyongsang dengan kebenarana. Inilah hakikat kejahilan yang sebenarnya. (Tidak tahu bahwa diri sendiri tidak tahu)
Jauh dari Rahmat Allah

ولو شاء ربك لجعل الناس امة واحدة ولا يزالون مختلفين الا من رحم ربك ولذلك خلقهم وتمت كلمة ربك لأملأن جهنم من الجنة والناس أجمعين
Maksudnya : “Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh tuhanmu (mereka bersatu di dalam ugama Allah) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu :”Sesungguhnya Aku akan memunuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan manusia berdosa.” (Surah Hud : 118-119)
Allah telah menyebut sifat-sifat mereka yang layak mendapat rahmat Allah. Firman Allah :

والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة ويطيعون الله ورسوله أولئك سيرحمهم الله ان الله عزيز حكيم
Maksudnya : “ Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong kepada setengah yang lain, mereka menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada kemungkaran dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha Bijaksana.”(surah at-Taubah : 71)
Kecuaian pada salah satu daripada sifat ini bererti kecuaian pada kesatuan umat Islam. Muhasabah kembali adakah kita yang menjadi punca gagalnya penyatuan fikrah dan amal ababila terjebak dengan perkara ini:
1. Meninggalkan atau melengah-lengahkan perkara yang wajib
2. Berterusan dengan maksiat (maksiat hati dan maksiat zahir)
3. Ingat Allah hanya pada masa susah
Penyatuan ummah hanya boleh berlaku melalui rahmat Allah. Seandainya manusia menginfakkan seluruh harta dan kekayaan yang ada di bumi, menggunakan harta sebagai wasilah pengikat hati menyatukan fikrah dan amal pastinya semua itu akan gagal. Kerana yang menyatukan hati-hati manusia hanyalah Allah. Dan untuk mendapatkan kesatuan ini menjadi tanggungjwab kita sebagi hamba mencari punca rahmat Allah.
Punca lain kegagalan penyatuan ummah (fikrah dan amal)
a) Tidak mengikuti jalan AllahFirman Allah Taala :

وان هذا صراطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله ذلكم وصكم به لعلكم تتقون
Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menuruti jalan-jalan yang lain daripada Islam, kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertakwa.”(surah Al-An’am : 153)
b) Tidak bersatu hati untuk akhirat dan tidak zuhud dengan dunia.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
لا تفتح الدنيا على أحد الا ألقىالله بينهم العداوة والبغضاء الى يوم القيامة
Maksudnya : “Tidak akan dibuka dunia kepada seseorang melainkan Allah akan melontarkan perasaan permusuhan dan marah-memarahi di kalangan mereka sehingga hari kiamat.”(riwayat Ahmad dan Al-Bazzar)

30 Rahsia Perempuan Yang Lelaki Perlu Tahu..

0

Written on 4:28 PM by aye83

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalammatanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akanbersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulahdirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

SAHABAT SEJATI

0

Written on 2:45 PM by aye83

Di dalam kitab Ihyaaa Ulumuddin, Imam Al-Ghazali ada menyebut wasiat Al-Qamah kepada anaknya sebelum beliau meninggal dunia. Beliau berpesan kepada anaknya supaya memilih sahabat yang mempunyai sifat-sifat berikut:
1) Jika engkau berbuat baik atau berbakti kepadanya, dia akan memelihara
2) Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu
3) Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berbentuk wang dan sebagainya, dia akan membantumu
4) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik
5) Jika dia mendapat kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya dan menyebut kebaikanmu
6)Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya
7)Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.

Peliharalah Allah, nescaya (Dia) akan memelihara kamu.

0

Written on 2:28 PM by aye83

Diriwayatkan oleh Tirmidzi Abu Abbas, Abdullah bin Abbas berkata :
Saya pernah berada di belakang Nabi pada suatu hari. Beliau bersabda,
” Wahai anak saya hendak mengajarimu beberapa kalimat, Jagalah Allah niscaya Allah menjagamu, jagalah Allah niscaya engkau mendapatiNya bersamamu, jika engkau meminta, mintalah kepada Allah , jika engkau minta tolong, mintalah kepada Allah. Ketahuilah bahwasanya, jika umat manusia bersatu untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah mengering (tintanya)."
Dalam riwayat selain Tirmidzi disebutkan,
” Jagalah Allah niscaya engkau mendapatiNya di hadapanmu, kenalilah Allah di saat lapang, niscaya Dia mengenalimu di kala sulit. Ketahuilah bahwa apa yang luput darimu tidak bakal mengenaimu, dan apa yang mengenaimu tidak bakal luput darimu. Ketahuilah bahwa bersama kesabaran ada kemenangan, bersama kesusahan ada jalan keluar, dan bersama kesulitan ada kemudahan .”
SYARAH AL HADIS :
Peliharalah Allah, nescaya (Dia) akan memelihara kamu.Maksudnya: Kita hendaklah sentiasa memelihara hukum hakam Allah, hak Allah, perintah Allah dan larangan Allah. Iaitu dengan mengerjakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.Amalan wajib yang paling utama agar dipelihara ialah ibadah solat. Dan juga termasuk kedalam makna pemeliharaan ini ialah kita mesti memelihara anggota badan kita daripada melakukan perkara perkara haram. Dan diantara hadis yang menyebut tentang pemeliharaan ini, ialah:
Ertinya: Barangsiapa yang memelihara apa yang terdapat diantara dua janggutnya (iaitu mulutnya) dan apa yang terdapat diantara dua kakinya (iaitu kemaluannya) maka dia masuk syurga. (Hadis dari Abi Hurairah).
Ringkasnya, ada dua makna yang dimaksudkan dengan memelihara Allah iaitu:
Memelihara hukum hakam yang berhubungan dengan amalan-amalan hati seperti keimanan (akidah), keikhlasan, rasa takut, cinta, harap dan sebagainya. Begitu juga seperti memelihara hati dari daripada segala jenis penyakitnya. Maka memelihara amalan hati ini adalah lebih penting dari memelihara amalan yang tidak bersangkutan dengan hati. Memelihara hukum hakam yang bersangkutan dengan amalan anggota yanq zahir. Apakah amalan itu membawa kepada kebaikan agamanya seperti solat, menutup aurat dan sebagainya atau yang dapat membawa kepada kebaikan dunianya iaitu muamalat atau aktibiti yang mendatangkan faedah.
Peliharalah Allah, nescaya kamu dapati Dia dihadapanmu:
Maksudnya: Jika kita memelihara Allah sebagaimana maksud diatas maka dia bukan saja akan mendapat pemeliharaan daripada Allah, malahan Allah akan berada dihadapannya iaitu bersamanya dimana saja dia pergi. Allah akan menolongnya, mengawalnya, memperkuatkan hatinya serta menunjukinya ke jalan yang lurus. Orang yang mendapati Allah besertanya akan selalu merasa tenang, gembira, kuat, dan tidak ada yang perlu ditakuti. Bukankah Allah telah menguatkan semangat Musa dan Harun AS ketika mereka merasa takut berhadapan dengan Firaun?
Allah berfirman: Janganlah kamu berdua takut, sesungguhnya Aku bersama kamu berdoa Aku Mendengan dan Melihat (Thaha: 46).
Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah menguatkan semangat Abu Bakar As Siddiq ketika beliau berdua berada dalam gua Tsur?
Firman Allah: Ketika orang orang kafir (mushrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah), sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya: " Jangan kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita. (At Taubah / 9 : 40).
Dan jika kamu memohon maka memohonlah kepada Allah:
Maksudnya: Setelah kita meyakini bahawa jika kita memelihara hukum hakam Allah nescaya Allah akan sentiasa berada bersama kita dengan ilmunya, hidayahnya dan pertolongannya. Maka sudah sewajarnyalah jika kita memohon sesuatu hendaklah kita memohon kepada Allah yang Maha Dekat (Qarib) lagi Maha Pemberi (Wahhab), bukan kepada yang lain.Permohonan manusia kepada Allah ada dua cara: Melalui lisan. Mengungkapkan isi kandungan hati melalui lidah dengan penuh khusyuk dan merendah diri (tawadhu') dihadapan Allah yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa. Melalui amalan. Apa saja amalan yang dilakukan, apakah sebagai pedagang, doktor, pekerja kilang, menuntut ilmu, hendaklah mereka sentiasa ingat kepada hukum hakam Allah ketika melaksanakan tugas masing masing sambil mengharap kiranya pekerjaan tersebut dapat membawa kebaikan baginya pada masa hadapan.
Dan jika kamu meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah.
Kandungan nasihat ini mengandungi dua pengajaran:
1) Mengingatkan umat manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, kuasa mereka sangat terbatas, mereka tidak akan dapat mencapai apa yang mereka hajatkan tanpa bantuan pihak yang lain.
2) Mengingatkan umat manusia betapa kuasa Allah yang tiada tara dan batasannya. Segala penghuni langit dan bumi tunduk kepada ketentuan-Nya. Jadi atas dasar inilah maka manusia mestilah memohon sesuatu hanya kepada Allah. Kecuali dalam hal-hal biasa yang termampu dikerjakan oleh manusia, seperti mengangkat suatu barang, meminjam sesuatu dan lain-lain.
Namun demikian kita juga mesti memohon kepada Allah agar dipermudah jalan untuk mendapatkannya. Selain itu juga wajib diketahui bahawa memohon pertolongan kepada Allah atau berdoa kepada-Nya mestilah secara langsung secara terus menerus kepada-Nya, tidak melalui sembarang perantaraan atau wasitah dari manusia atau lainnya.Tidak ada orang yang dapat memberi manfaat dan mudarat tanpa izin Allah:
Rasul saw. menerangkan kepada Ibnu Abbas ra; "Bahawa sekiranya sekalian umat atau makhluk berkumpulan dan bersatu untuk memberi manfaat kepadanya ataupun sebaliknya mereka bersatu dan berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadanya, namun semua itu tidak mungkin akan terjadi kecuali apa yang telah dituliskan untuknya di Luh Mahfudz sejak azali.
Oleh sebab itu kita tidak seharusnya terlalu gembira atau berduka terhadap sesuatu yang dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita. Kerana kita yakin bahawa segala-galanya adalah di dalam ketentuan Allah. Kalau di dalam ketentuannya tidak ada keputusan untuk memberikan sesuatu kepadanya, nescaya dia pasti tidak akan dapat memperolehinya walaupun seluruh makhluk bersatu berusaha untuk menolongnya. Demikian sebaliknya kalau ditentukan bahawa ia akan mendapatkannya, walaupun seribu halangan, pasti ia akan memperolehinya juga.
Allah berfirman: Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu. (Yunus: 107)
KESIMPULAN:
1. Walaupun pada asalnya nasihat ini untuk Ibnu Abbas yang ketika itu masih muda remaja, namun prinsip pengajaran yang dikandung hadis ini adalah umum yang juga berguna untuk orang yang telah dewasa atau tua.
2. Memelihara Allah bererti memelihara agamanya. Memelihara agama bererti menjadi orang yang menuruti hukumnya dan mengikuti peraturannya. Dan itu tidak mungkin dapat dilakukan tanpa amal bakti, usaha dan ikhtiar. Melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.
3. Para remaja hari ini terdedah dengan bermacaam pengaruh negatif. Sungguh banyak dikalangan mereka yang jatuh kelembah kehinaan. Mereka sebenarnya boleh mendapat pemeliharaan Allah. Tetapi bagaimana mereka akan mendapat pemeliharaan Allah kalau mereka sendiri tidak berusaha memelihara Allah?
4. Setiap orang tua mesti berusaha untuk memberi kefahaman tentang konsep yang terkandung dalam hadis ini kepada anak-anak mereka. Jika mereka dapat memahami dan mengamalkan konsep ini, selain tugas orang tua akan menjadi lebih ringan dan juga insya Allah para remaja mereka akan selamat di dunia dan di akhirat.