Siapa Salman Rushdie
Written on 10:17 AM by aye83
Sekiranya anda mengimbau kembali sejarah 1989, nama Salman Rushdie sangat popular di seluruh dunia. Walaupun ramai dari kalangan kita sudah mengetahuinya, namun penulisan semula artikel ringkas berkenaannya adalah bertujuan menanam kembali pemikiran-pemikiran Islam yang telah dibenamkan oleh pihak musuh laknatullah.Sebelum kita menyelusuri lebih jauh, baru-baru ini berlaku satu peristiwa yang cukup membingungkan kita, yang terjadi di kalangan pimpinan-pimpinan yang kita idolakan selama ini dengan laungan Islam Hadhari. 19 Jun, telah berlangsungnya majlis sambutan ulang tahun hari jadi Ratu Elizabeth II di kediaman beliau di Britain.
Kita agak terkejut kerana majlis tersebut turut diraikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mewakili kerajaan Barisan Nasional. Bukanlah saya ingin memburuk-burukkan beliau, tetapi anda boleh pertimbangkan sendiri tentang keberadaannya di majlis tersebut. Gunakan otak untuk berfikir.
Sebelum ini, ketika kes Salman Rushdi tersebar, Islam di seluruh dunia bangkit menentang dan mengutuk kejahatan yang dilakukannya termasuk di Malaysia pada tahun 1989. Kita sedih dan marah kerana dialah salah seorang yang mencetuskan kontroversi MENGHINA NABI SAW sebelum penghinaan secara besar-besaran baru-baru ini.
Beliau yang menulis buku The Satanic Verses, yang diterbitkan pada 1988, secara terang-terangan menghina Nabi SAW telah ditekan dengan ancaman bunuh. Ketika itu, Ayatollah Khomeini, pemimpin Iran, mengeluarkan fatwa di dalam pidatonya bahawa Salman Rushdi sudah dihukumkan murtad.
Malangnya, kerajaan Britain yang sememangnya suka dengan tindakan bodoh Salman Rushdi, telah melindungi beliau dengan undang-undang Britain ketika itu. Beliau selamat dari segala ancaman, dan pada bulan ini, beliau telah menerima anugerah “Sir” dari Ratu Elizabeth II.
Peristiwa yang mencalet hitam pada sejarah Islam sudah semakin dilupai, termasuk mereka yang turut sama meraikan penganugerahan tersebut. Bukankah Malaysia adalah Negara Islam (kononnya)? Seseorang yang telah menghina Nabi SAW diraikan penerimaan anugerahnya? Tidak bodohkah ini?
Beliau yang dilahirkan di India pada 1947, juga mendakwa di dalam bukunya bahawa Allah merupakan seorang tokoh di dalam kepercayaan masyarakat Islam. Sudah pasti ketika itu Umat Islam seluruh dunia bangkit menentang, tetapi hari ini, setelah Melayu semakin mengikut buntut British, mereka lupa dan leka dengan penghinaan tersebut sehingga ada yang mengatakan bahawa buku tersebut adalah kajian beliau dan tidak perlu dipersoalkan.
Malaysia hari ini yang semakin disuap dengan kemajuan dan permodenan luaran, langsung lupa dengan Islam yang sepatutnya diberi perhatian. Lihatlah, ketika Denmark membuat penghinaan terhadap Nabi SAW dengan bermacam-macam perbuatan, masih ada lagi yang mengatakan bahawa Denmark tidak berniat untuk menghina Nabi SAW melalui lukisan.
Inilah pemikiran yang diracuni oleh Yahudi supaya Islam semakin dilupai oleh penganut-penganutnya. Penghinaan terhadap Nabi SAW dan Islam yang dibawanya sudah lama dirancang oleh Yahudi, tetapi mereka khuatir umat Islam akan bangkit menentang mereka.
Oleh itu mereka telah menyuntik racun-racun di dalam pemikiran muda-mudi Islam sehinggakan mereka langsung tidak merasa tercabar dengan kebangkitan Islam apabila Nabi SAW sendiri dihina seperti anjing!! Kalau dahulu, Salman Rushdi ditentang habis-habisan, tetapi hari ini, berapa “kerat” umat Islam yang sedar di dalam masalah ini.
Lihatlah pelbagai peristiwa yang melanda Malaysia hari ini, tidak perlu saya hurai panjang perkara ini kerana kita boleh melihat sendiri, di dalam diri kita, keluarga, masyarakat “Melayu”, Negara Malaysia dan Agama Islam. Apakah umat Islam masih terlena dek ubat tidur yang disuntik, atau terus mati dalam kegelapan dunia periuk nasi?!!
Mengapa kerajaan “Islam Hadhari” kita masih boleh bersekongkol di dalam masalah ini? Adakah ia merupakan salah satu strategi dakwah Islam Hadhari? Apa tindakan mereka “yang berkuasa” untuk menyelesaikan masalah ini sebagai tanda tidak suka terhadap penobatan “Sir” kepada Salman Rushdi?
Adakah hanya membisu mem“buntu” telunjuk mereka. Tidak berani untuk membuat memorandum? Tidak berani bersuara? Apa gunanya ketuanan Melayu sekiranya semakin dilayu-layu dengan hiburan yang menggila, dan dalam masa yang sama periuk nasi mesti dijaga?
Dalam hilai tawa mereka, mereka tidak sedar tangisan anak-anak Palestin yang meminta bantuan dan sedikit nyawa untuk hidup. Mereka berlumba-lumba membina istana peribadi dengan memakan duit-duit entah halal atau haram. RM 7 juta dilaburkan untuk memuaskan kehendak nafsu walaupun berlambak mahasiswa yang mencari sedikit keperluan hidup untuk mencari ilmu.
Inilah Malaysia hari ini, yang dipenuhi segala macam maksiat dan kerosakan. Kemajuan Industri telah mengorbankan nilai-nilai murni. Pemimpin yang dijulang, rupanya penyangak di belakang. Pencuri yang dicari, kawan yang ditemui. Banyak lagi istilah yang sesuai kita kaitkan dengan suasana Malaysia hari ini.
Fikirlah Wahai Orang Yang Berakal!!!
BANGKITLAH DARIPADA TERLENA!!!
PENGHINAAN TERHADAP NABI SAW
http://www.drfikrah.blogspot.com/