BERJEMAAH ITU RAHMAT, BERPECAH BELAH ITU AZAB

0

Written on 12:51 PM by aye83

Dalam Islam, yakni Al Quran, Allah SWT dengan jelas dan tegas memperkenalkan parti Islam dengan sebutan hizbullah atau Parti Allah. Ertinya Islam memang memerintahkan umatnya memasuki parti yakni Parti Allah. Bukan parti mengikut sistem sekular.

Allah berfirman yang bermaksud:
" Sesungguhnya pemimpin kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya dan orang mukmin, iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, dan mereka adalah orang-orang yang rukuk (tunduk dan patuh pada perintah Allah). Barangsiapa yang memilih Allah, Rasul dan orang mukmin (sebagai pemimpin), maka sesungguhnya itulah Parti Allah. Merekalah yang akan berjaya." (Al Maidah: 55-56)
Rasulullah SAW pula turut menegaskan bahawa umat Islam wajib berparti. Sabda baginda yang bermaksud :
" Wajib ke atas kamu berjemaah, sesungguhnya tangan ( bantuan) Allah Taala adalah bersama jemaah."
Sabda baginda seterusnya yang bermaksud:
" Akan sentiasa ada satu toifah dari kalangan umat ini yang menzahirkan kebenaran dan mereka tidak dapat dirosakkan oleh orang -orang yang menentangnya sehinggalah datang perintah Allah." (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Perihal sifat jemaah atau parti atau toifah yang dikatakan Parti Allah itu, ada juga disabdakan oleh Rasulullah SAW yang maksudnya:
" Berjemaah itu rahmat, dan berpecah belah itu azab." ( Riwayat Al Baihaqi)
Memerhatikan Parti Allah yang telah ditubuhkan oleh Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin, para mujaddid dan lain-lain pemimpin kebenaran yang dijanjikan, kita patut melihat dengan teliti ciri-ciri jemaah atau parti atau toifah atau hizbullah itu supaya kita umat Islam dapat membina sebua parti atau jemaah yang layak untuk disebut parti Allah atau parti Islam atau parti kebenaran. Paling tidak, kita dapat menentukan sesuatu parti atau jemaah itu hak atau tidak. Dan kalau boleh, kita cari mana-mana parti yang menepati ciri-ciri parti Allah itu untuk diikuti.
Beza Parti Allah dan parti sekular ala Barat adalah bagaikan langit dan bumi. Walaupun sesetengah jemaah itu menamakan partinya parti Islam, namun kalau tanpa ciri-ciri yang sepatutnya, ia bukan Parti Allah. Dasarnya, teknik, kaedah, sifat, pendekatan, matlamat dan lain-lain lagi, serba serbinya sangat berbeza sama sekali. Bezanya macam siang dan malam.Walaupun memang sulit untuk kita mencari Parti Allah di zaman ini, namun kita tidak boleh berjuang melalui politik sekular dengan alasan tiada pilihan lain. Kalau kita buat juga, yakni menggunakan politik sekular untuk lawan politik sekular ( yakni matlamat mahu menghalalkan cara),dengan harapan untuk menegakkan Islam, nescaya kita tidak dapat tewaskan musuh.Hanya Parti Allah yang mampu menundukkan parti sekular Barat yang anti Islam itu.
Marilah kita bina Parti Allah seperti yang telah dicontohkan oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin serta para mujaddid.

If you enjoyed this post Subscribe to our feed