Bersihkan jiwamu terlebih dahulu, pasti Tuhan akan membantu…
Written on 3:44 PM by aye83
Orang yang bersih hatinya
sentiasa rendah diri dengan Allah Taala
Sering sahaja baik sangka dengan Tuhannya
Jika mendapat ujian kesusahanhatinya berkata
" Kerana dosakulah ujian ini datang""
Tuhan menghukum ku kerana dosaku"
"Moga2 aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat"
Kalau ada orang lain yang bernasib baik,
mungkin berpangkat atau kaya
gembira hatinya..
Dia menumpang gembira dengan kegembiraan orang lain…
Sekiranya ada orang yang mendapat kecelakaan
accident, miskin, sakit…
hatinya turut sedih dengan kesedihan orang
Jika dia mendapat nikmat
dia merasa malu dengan Tuhannya
kerana merasa tidak layak menerima nikmat itu
Hatinya merasakan…
" Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat
untuk aku bersyukur atau kufur?
"Cemas jiwanya,gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya
Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya dia redha
sentiasa berbaik sangka dengan Tuhan
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana mentakdirkan
Bila disusahkan orang,terus teringat dosanya
"Kerana dosakulahaku disusahkan."
Dia tidak berdendambahkan mendoakan orang itu,dengan kebaikan…
Nikmat Tuhan disyukurinya
pemberian dan pertolongan orang
diingati dan dibalasinya
Hatinya sentiasa cemas
kematian di depan mata,bila-bila masa boleh tiba..
Gelisah dengan dosanya
amal-ibadahnya dilupakan sahaja
kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebaliknya…
Kakinya di dunia
namun hatinya sentiasa dengan Tuhannya
perasaannya sentiasa memikirkan akhirat
Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhan..